Photoshop Tutorial 2

February 13, 2008

Yang ni cuba guna HUE/DES dan FILTER – BLUR dengan menggunakan layer layer nya , bukan sekadar “apply” nya pada satu gambar tanpa menggunakan layer layer kunun, hasilnya ada kualiti sket dari yang kita buat pada satu layer ja … tahap ke”dulu-duluan” gambar yang terhasil lebih cantik kunun ..

tuto4.jpg

Advertisements

Photoshop Tutorial

February 13, 2008
Beberapa pelajaran baru utk merosakkan gambar dengan menggunakan photoshop 7.0, Belum berapa “halus” tapi kalau belajar dan terus belajar mungkin akan jadi terrorist dlm photoshop juga kali … jadi beberapa hasil awal yang diperolehi. Perlu kurangkan “jurang” bagian hitam tp saya malas mau ubah jadi ni dululah hasilnya , akan datang banyak lagi pelajaran baru yang bakal diterokai …

tuto1.jpg

Yang ni cuba guna “style” extreme contrast effect tapi saya tersilap part MERGE jadi hasilnya terpesong sedikit huahahahaha

tuto2.jpg


Potrait gan CANON EOS 350D

February 11, 2008

img_1136.jpg

2008.jpg

Cameraman : MESH GUNDUL


MANUKAN

February 11, 2008

p2070094.jpg

p2070059.jpg

p2070054.jpg

p2070090.jpg

p2060018.jpg


KUNG SI FATT CHOI – angpau mana ?

February 6, 2008

chinese-new-year-copy.jpg


DEMAM membuatkan saya CUTI SAKIT LAGI :(

February 5, 2008

NOTA utk pengetahuan bersama walaupun korang dah tau apa itu demam selsema. Sekadar utk tatapan agar kita berwaspada terhadap penyakit ini. 

Selsema
Selsema atau dikenali juga sebagai demam selsema merupakan campuran beberapa jenis gejala yang mengganggu saluran pernafasan. Gejala-gejala ini lebih bersifat akut dan terhad yang sering ditunjukkan oleh gejala-gejala seperti hidung berhingus dan berair serta bersin. Cecair yang jernih keluar dari rongga hidung yang dijangkiti merupakan tanda utama selsema. Cairan yang mulanya cair akan bertukar menjadi lebih pekat, bermukus dan bernanah. Umum beranggapan keadaan keadaan ini disebabkan oleh jangkitan bakteria. Bagaimanapun, virus boleh menyebabkan reaksi inflamatori tersendiri yang menghasilkan mukus. Kerosakan sel yang berlaku boleh menjadi bertambah teruk bergantung kepada jenis virus yang dihidap. Terdapat lebih kurang 200 jenis virus yang boleh menyebabkan selsema.

Gejala selsema yang disebabkan oleh jangkitan virus selalunya berlaku dengan cepat. Selain daripada struktur nasal atau hidung yang terganggu, tempat-tempat lain di sepanjang sistem pernafasan mungkin turut dipengaruhi. Penghidap akan mengalami gejala-gejala tersebut dengan cepat dan berterusan untuk beberapa hari iaitu antara satu hingga empat hari. Bagi individu yang tidak menghadapi sebarang komplikasi, jangka masa jangkitan akan mengambil masa lima hingga tujuh hari untuk reda. Gangguan setempat batuk, sakit tekak, sakit telinga, sakit kepala, demam dan sakit otot merupakan komplikasi yang mungkin timbul. Kombinasi gangguan di hidung, pengeluaran hingus dan hidung tersumbat akan menyebabkan bersin.

Apakah itu demam selsema?
Demam selsema merupakan jangkitan virus pada lapisan dalam hidung, sinus, tekak dan saluran pernafasan bahagian atas. Antibiotik tidak dapat membunuh virus. Sistem pertahanan badan anda adalah senjata terbaik untuk melawan serangan virus ini. Virus demam selsema merebak sama ada melalui udara ketika anda bercakap, bersin, batuk atau bernafas atau melalui tangan. Jangkitan biasanya bermula apabila hidung mula berair dan selalu bersin iaitu 1-4 hari selepas mendapat jangkitan virus. 

SUMBER : Kesihatan Malaysia


Ketulusan Hati ….

February 4, 2008
Terus terang dan minta maaf sija kepada peminat2 Anuar Zain sebab saya memang tidak suka dgn gaya nyanyian Anuar Zain yg saya labelkan ( melampau ), dia memang seorang penyanyi yg sgt bagus tetapi ada masanya bila nyanyi secara live dia terlalu “melenggokkan” patah patah lagu yang mungkin bagi anda “sedap” tetapi bagi saya “rosak” … saya juga terpaksa cakap bahawa lagu2 yang dibawakannya juga tidak saya sukai bukan kerna konsep lagunya tetapi setakat ini belum ada lagunya yang benar2 boleh “menarik” pendengaran saya utk menyukai lagu2 nyanyian Anuar Zain … SEHINGGALAH …… kuar single barunya ni yang bertajuk Ketulusan Hati … melodinya sgt bagus dgn diiringi bunyi piano dan memasukan elemen orkestra dlm susunan musiknya, melodinya ada originaliti berbanding lagu LELAKI INI ( lagu hampehsss ntah apa apa ntah yg di ciplak ) … Lirik lagu ni juga sgt mempunyai maksud2 yang “dalam” , sangat sesuai didengari ketika sedang “sakit” …. huhuhuhu saya masukan jugalah lagu ni dlm mp3 player saya … yeahhhh o ya lagi satu, cara nyanyian anuar disini lebih relax dan tidak “melampau” .. sebab tu lagu ni jadi sedap …. bikin sajuk hatiii yg mendengar …

DOWNLOAD KETULUSAN HATI DISINI

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau biarkan kasihku

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
hanya tulusnya hati
mencintaimu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untu selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau benarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku

oooo

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu