DEMAM membuatkan saya CUTI SAKIT LAGI :(

NOTA utk pengetahuan bersama walaupun korang dah tau apa itu demam selsema. Sekadar utk tatapan agar kita berwaspada terhadap penyakit ini. 

Selsema
Selsema atau dikenali juga sebagai demam selsema merupakan campuran beberapa jenis gejala yang mengganggu saluran pernafasan. Gejala-gejala ini lebih bersifat akut dan terhad yang sering ditunjukkan oleh gejala-gejala seperti hidung berhingus dan berair serta bersin. Cecair yang jernih keluar dari rongga hidung yang dijangkiti merupakan tanda utama selsema. Cairan yang mulanya cair akan bertukar menjadi lebih pekat, bermukus dan bernanah. Umum beranggapan keadaan keadaan ini disebabkan oleh jangkitan bakteria. Bagaimanapun, virus boleh menyebabkan reaksi inflamatori tersendiri yang menghasilkan mukus. Kerosakan sel yang berlaku boleh menjadi bertambah teruk bergantung kepada jenis virus yang dihidap. Terdapat lebih kurang 200 jenis virus yang boleh menyebabkan selsema.

Gejala selsema yang disebabkan oleh jangkitan virus selalunya berlaku dengan cepat. Selain daripada struktur nasal atau hidung yang terganggu, tempat-tempat lain di sepanjang sistem pernafasan mungkin turut dipengaruhi. Penghidap akan mengalami gejala-gejala tersebut dengan cepat dan berterusan untuk beberapa hari iaitu antara satu hingga empat hari. Bagi individu yang tidak menghadapi sebarang komplikasi, jangka masa jangkitan akan mengambil masa lima hingga tujuh hari untuk reda. Gangguan setempat batuk, sakit tekak, sakit telinga, sakit kepala, demam dan sakit otot merupakan komplikasi yang mungkin timbul. Kombinasi gangguan di hidung, pengeluaran hingus dan hidung tersumbat akan menyebabkan bersin.

Apakah itu demam selsema?
Demam selsema merupakan jangkitan virus pada lapisan dalam hidung, sinus, tekak dan saluran pernafasan bahagian atas. Antibiotik tidak dapat membunuh virus. Sistem pertahanan badan anda adalah senjata terbaik untuk melawan serangan virus ini. Virus demam selsema merebak sama ada melalui udara ketika anda bercakap, bersin, batuk atau bernafas atau melalui tangan. Jangkitan biasanya bermula apabila hidung mula berair dan selalu bersin iaitu 1-4 hari selepas mendapat jangkitan virus. 

SUMBER : Kesihatan Malaysia

4 Responses to DEMAM membuatkan saya CUTI SAKIT LAGI :(

  1. jerryincognito says:

    aiseh…doktor gdong in the house haha😛

  2. puteRa says:

    kurang kan mabuk2 mr gidong..😛 mana la demam tu tidak pandai baik… budu hehehe

  3. Azhar Ahmad says:

    Alahhhh, kesiannya kamu… Mesti ada orang yang jaga kamu kan… Orang yang kamu sayang….

  4. gidong says:

    Jaga diri sendiri ja lah hehehe

    puteRa ko lah budu … grrrrrrrrrrr

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: