ULASAN PENUH utk JUARA LAGU edisi 22

Juara lagu tahun ni dimulakan hmmmm apa ya ? hmmmm apa lagi kalau bukan deretan tarian yang bertema “magik musik” yang diselitkan dengan nyanyian Dayang Nurfaizah dgn lagu “senang tari” dan “asmaradana” nya … makin funi lah tv3 ni main magik magik lah pula sudah huahaha tp tidak jelas apa kaitannya dgn juara lagu tahun ni sebab saya rasa tahun kalau dibandingkan dgn tahun2 sebelumnya adalah tahun dimana calon2 lagunya “kureng” sedikit …

Pengacaranya pula ….. “buruk” terutama part dj botak tu … buat lawak tak jadi ! buat serius membosankan ! buat2 bodoh pun tak jadi ! nasib baek ada Fara dan Cheryl yg banyak menyelamatkan keadaan “genting” .. c Ally plak tak macam selalu, mcm tdk ada latihan dan selalu tersasul dan siap kena BOOO sebab tersasul cakap persaingan “senget” instead of “sengit” … k lah sa ulas lagu2 yang bertanding … layannnn

FARHANA – Jinbara

Lagu ni patutnya dah out masa semifinal tapi diserap kembali konon2nya masa semifinal persembahannya mantap ( tapi ni kan judge “lagu” ntahlah ) .. tapi serius saya langsung tak suka keseluruhan persembahan Jinbara ni .. dari lagu sampai pada props dan persembahan semuanya tak best langsung, ni bukan zaman rock kapak, kalau ni “zaman” tu boleh lah tp sekarang zaman “moden” bagi industri musik … kalau takat main musik sambil kangkang2 kaki nak buat “rock” tapi lagu taraf desa hmmmmm korang faham2 ja lah.

SAMUDERA – Nora

Dalam kategori ni, lagu ni memang layak memandangkan dua lagi lagu dlm kategori yang sama tdk menepati “piawaian” etnik kreatif huahaha, walaupun Nora tak cukup nafas pada part tinggi dimana kelihatan terlalu “bersusah payah” utk nada tingginya tetapi lagu ni tetapi fav utk menang kategori ni .. SAJA !! katogeri ja lah , jangan harap nak menang KESELURUHAN ….

HARAPAN – Fazli Zainal

Saya rasa persembahan masa Semifinal lebih baik dari persembahan final… masa semifinal lebih relax dan lebih spontan, ni masa final plak yang menyanyi macam ikut skrip, dan nampak terlalu “susah” utk mejayakan skrip pergerakan yang ada .. lagu ni sebenarnya lagu yang bagus tetapi bagi saya fazli zainal menjadikan lagu ni sebuah lagu yang “rumit”, terlalu banyak uhhh ohhh yeahh uhhh ohhh yeahhh dan yeahhhhhhh memanjang … terlalu berlebihan …… memang “tiada harapan” …

DESTINASI CINTA – Dtk Siti

Serius persembahan Siti kali ni memang ada kelas .. ikut tarian sekali walaupun pakai penutup kepala yg hanya sesuai digunakan masa nyanyi lagu “Umbrella” rhiana yg main2 hujan tu huahahahaha tetapi salut lah ngan Dtk kali ni , korang ingat senang ke nyanyi sambil menari mcm tu ( senang ja tu kalau ada latihan hahah ) … saya meramalkan dia menang persembahan terbaik walaupun saya mahu Mawi menang ( sori bias sket sebab Mawi botak , aku pun botak )

MAHAKARYA CINTA – Fiq

Sebuah lagu yang menarik, jarang “malaysia” cipta lagu dgn susunan musik sebegini, tetapi sayangnya bukan “superman” yg membawakan lagu ni sebab saya rasa cara Faizal lebih “hidup” utk lagu ni dari cara Fiq membawakannya … saya mahukan lagu ni menang utk kategori balada sebenarnya ..

KASIHNYA BALKIS – Aisah

Satu ja komen saya … SALAH TEMPAT, SALAH KATEGORI dan SALAH PROPS …. saya heran mcm mana dua budak tu leh tido sambil ada orang terjerit terlolong depan depan .. haiksss aku tak tau .. aku tak tauuuuuuuuuu

SEMBUNYI – Misha – Andy

Macam mana lah nak menang kalau nyanyi ala ala kadar, c misha ok lagi, part c andy aduhai … mcm tak makan sehari .. lemahhhh … mcm nak ckp kat misha “nanyi jer lah yer, dah masuk final, memang tak menang pun” har har har … skip skip skip

JANJIKU – Sofaz

Lagu yang baik tapi part nyanyi secara “LIVE” Sofaz GAGAL !!!! suara tenggelam tak macam dlm cd .. lemah sgt utk sebuah kumpulan rock alternative dgn persembahan seperti itu …. haizzzzzzzzz

IZINKU PERGI – Shari ( Kaer )

Funi funi , main sihir2 plak lagi … adehhhh shari ???? opppssss BOB jauhhhhh lebih baik dari segi vokal … Kaer beruntung dpt lagu sebaik ni … memang bersaing rapat gan lagu Mahakarya cinta utk kategori Balada .. syabass

ANGAN DAN SEDAR – Mawi

Ok ok kosontret favourite saya mau nyanyi yehaaaa HIDUP BOTAK !! HIDUP BOTAK !! saya dah agak Mawi tetap pertahankan gelaran persembahan terbaik, walaupun dia main tabur2 bunga ala2 org kawen tp tetap selamba dan menarik menarik menarik … yehaa menang lagi ….

CERITERA CINTA – Jaclyn n Lah

Asal Jac ja buka mulut korang lantaklah bagi lagu apa pun tetap meletopsss tapi rasanya Lah kureng sket … hanya Jac yg layk utk vokal terbaik BUKAN Lah … lagu ni memang susah nak menang bila dibandingkan dgn kekuatan lagu lain dlm kategori yang sama … tetapi syukur JAC tetap membuktikan dia tetap terbaik dari segi VOKAL …

ITU KAMU – Estranged

FAV SAYA untuk menang tahun ni .. saya sgt yakin dgn lagu ni, sebuah lagu indie alternative yang “segar” dari segi melodi dan liriknya yang selamba itu kamu itu kamu itu kamu yeahhhh aramai tie kabooo …. kalau pun rich bkn sabahan saya tetap mahukan lagu ni menang ( bkn sebab juga saya ni “fanatik” alternativešŸ˜› ) … dgn menyusun kembali lagu ni dan memasukkan part akaustik memang berbaloi .. tanpa props badut , layang2 ke, main tabur2 bunga ke , main kipas2 , pantun2 ke, persembahan estranged tetap melatopppss bah .. syabsssss

DIRGAHAYU – Ramlah Ram

TERUKKKKKKKKK langsung tak sesuai dgn lagu ni yg perlu “kelembutan” utk menjayakan nya .. Ramlah Ram ????? alamak … pecah gegendang geng …. dah lah macam nak tak nak buka mulut ja … picth pun tik tok tik tok … mana mana ja lah … dan tetap megekalkan persembahan “kampungan” dan “makcik makcik” … zuppppppp

KASIH TERCIPTA – Bob

Salute bob part vokalnya yang saya rasa bersaing hebat gan vokal Jac ( – Lah ) … memang bob berjaya walaupun lupa lirik dan jga part pengacara “masuk” b4 lagu habis .. bob tetap membawakannya dgn lenggok sendiri dan menjadikan lagu ini mcm lagu sendiri .. syabas.

One Response to ULASAN PENUH utk JUARA LAGU edisi 22

  1. Azhar Ahmad says:

    Ahahahah, nantikan saja komentar ku pula gidong..> Ehhh saya sudah botak! Ahahahah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: