Saya tidak nampak RASIONAL nya Pihak Polis Mendakwa IbuBapa mangsa Pembunuhan kejam Adik Nurin Jazimin Abdul Jalil

Saya sedikit rasa kesal bila terbaca di media2 cetak yang menyatakan kemungkinan pihak polis akan mendakwa ibubapa mangsa pembunuhan kejam adik Nurin Jazimin Abdul Jalil. Perlukah disaat2 seperti ini ibubapa pula yang diDAKWA sedang pembunuhnya masih bebas ? disaat ibubapa masih berkabung, masih belum dapat menerima kenyataan bahawa anak mereka diseksa, disiat, dilakukan seperti binatang.. KENAPA pula mereka yang hendak didakwa ? atas dasar apa ? cuai ? …

Setiap kita melakukan 1001 kecuaian setiap hari .. sebab KITA TDK SEMPURNA .. kalau kita sempurna maka zero lah kecuaian dalam hidup kita. Sebab itu adalah sedikit “pelik” sekiranya ibubapa yang kehilangan anak mereka dengan cara seperti itu pula yang diDAKWA dan ya sekali lagi pembunuh nya masih bebas .. sepertinya IBUBAPA adik Nurin lah yang menjadi pembunuh … undang2 seperti ini sedikit mencabar “rasa manusia” dalam diri saya sendiri dan atas dasar PERIKEMANUSIAAN saya rasa lebihbaik pihak polis utamakan hal memburu pembunuh tersebut dari menghighlightkan hal hal undang2 mendakwa ibubapa cuai.

Bercakap pasal cuai .. ini bukan pasal kes anak jatuh dari tempat kediaman 10 tingkat, bukan kes anak lemas ketika ibubapa memandikannya, bukan kes anak lemas dihempap bantal ketika tidur.. kejadian ini adalah mengenai seseorang pembunuh diluar sana yang senantiasa mencari mangsa sama ada anda cuai atau tidak, samaada anda bersedia atau tidak. Adalah tidak adil bagi pihak keluarga Sdr Jazlin untuk didakwa atas nama undang2 sedangkan sebelum ini lebih banyak kecuaian lain yg masih lebih teruk utk didefinisikan sebagai KESALAHAN CUAI . Dan saya rasa atas dasar CUAI juga KECUAIAN TERBESAR dalam kes ini adalah TIADAnya polis di pasar malam tempat berlakukannya kejadian culik ini … mungkin kita akan berkata bahawa pihak polis tidak cukup anggotanya utk setiap tempat dan pelusuk .. TETAPI kenapa tegah utk melakukan pendakwaan terhadap ibubapa adk Nurin atas dasar kecuaian sedang PERSOALANnya juga pihak ibubapa mempunyai anak lain dan boleh menjadikan ianya sebagai bukti bahwa mereka juga tdk cukup “anggota” utk setiap anak yang mereka miliki ..

o ya ni petikan dari media cetak ” Tan Sri Musa Hassan berkata Peruntukan undang2 terhadap ibubapa yang cuai menjaga keselamatan anak mereka TELAH LAMA WUJUD, ( perhatikan statement selanjutnya ) TETAPI BELUM PERNAH DIKUATKUASAKAN SELAMA INI.

Kenapa menunggu kes Adk Nurin utk menguatkuasakan undang2 cuai ? logika nya di mana ? adil ? dan atas nama undang2 ? fikir fikirkan lah, seperti ada yang tidak kena dengan hal ini. Jangan jadikan keluarga Nurin menjadi mangsa “akta” ini.

Berbalik kepada keadaan ini .. adalah tidak wajar hal pendakwaan ini berlaku sedangkan org yang hendak anda dakwa masih dalam keadaan trauma .. Di mana rasa PERIKEMANUSIAN kita sebagai manusia yang bertamadun kalau hal “sekecil” ini tidak difahami atas dasar UNDANG UNDANG … sangat menyedihkan .. kepada keluarga mangsa saya doakan agar keluarga anda senantiasa tabah menghadapi ujian ini dan kuatkan semangat utk terus memperjuangkan “hidup” anak anda sehinggalah pembunuhnya di tangkap …

 

10 Responses to Saya tidak nampak RASIONAL nya Pihak Polis Mendakwa IbuBapa mangsa Pembunuhan kejam Adik Nurin Jazimin Abdul Jalil

  1. jerryincognito says:

    baiklaa, entry terbaik setakat ini hahaha

  2. gidong says:

    apa pandangan ko pula ? setuju atau tidak ?

  3. pendakwa says:

    “FOOLISH” A.C.A.B
    Biar hal ni berlaku pada family mereka .. kita tengok apa mereka mahu dakwa ke tak .

  4. jerryincognito says:

    sa awal pagi lagi post ni topik hahaha

  5. gidong says:

    itu petikan akhbar ja ko posting lah ..

  6. jerryincognito says:

    ko baca bawah2 dia lagi bah…sa kasi pecah baitu. klik on ‘read more’… deii, teruk oo ko x pandai baca hahaha. dan bagus kita chat sna chatroom ko kalau gini dari sa kasi samak ko punya tpt komen hahaha.

  7. kiroro says:

    Ok kita juga saman polis sebab cuai jalankan rondaan dipasar malam berlakunya kes Nurin. Mereka cuai sebab tak ade polis masa tu kan. Jadi mereka cuai jaga keselamatan .. yang mereka utamakan jaga kenderaan vip yang nak lalu jalan raya, semua orang biasa dipaksa ke tepi untuk laluan orang kaya.. tu mereka jaga .. sekarang mereka mula jaga ibubapa yang cuai gak ..

  8. godservant says:

    mm.. inilah dunia. kerana duniawi menguasai fikiran..semuanya berpandukan undang2 kunun..ceh.

  9. demi_masa says:

    saman setiap ibubapa yang tidak ikut anak mereka ke sekolah .. kalau mau saman, samanlah semua .. jangan separuh2

  10. Sathiya says:

    Saya terbaca paper hari ni kemungkinan ibubapa nurin menghadapi hukuman RM5000 denda atau Penjara 2 Tahun … tak ke gila undang2 macam ni ? hebatnya bapa nurin dan nak d dakwa tapi pembunuh anaknya bebas …

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: