yehaa Lee Chong Wei menang terbuka Jepang …

LUMAYAN: Chong Wei menggigit pingat emas serta replika cek selepas muncul juara menewaskan Taufik Hidayat pada saingan final Terbuka Jepun di Tokyo, semalam. Chong Wei menang 22-20, 19-21, 21-19.

IGAUAN perit Kejohanan Dunia lalu bingkas dihapuskan pemain utama negara, Lee Chong Wei yang mempamer tahap aksi terbaik dalam laluan mengungguli Kejohanan Badminton Terbuka Jepun, semalam.

Gelaran kedua Siri Super Dunia dalam tempoh empat bulan itu jadi miliknya selepas pertarungan epik berlanjutan selama 65 minit sebelum menumbangkan jaguh Indonesia, Taufik Hidayat 22-20, 19-21, 21-19.

Gembiranya jelas ketara apabila melonjak sebagai tanda meraikan kejayaan sebelum bingkas memeluk jurulatih, Misbun Sidek, sebagai tanda penghargaannya.

“Kemenangan ini amat manis bagi saya. Saya gembira kerana saya menang selepas kekecewaan pada Kejohanan Dunia lalu. Saya sudah buktikan bahawa saya mampu jika tiada yang mengganggu,” katanya ketika dihubungi di Tokyo, petang semalam.

Malah Chong Wei sendiri mengakui betapa kemenangan kali ini – dicapai selepas menumbangkan dua pemain utama dunia – Lin Dan dari China serta Taufik, hadir di luar ramalannya.

“Apabila saya dimaklumkan mengenai undian ini, saya sudah bayangkan laluan yang sukar, bermula dengan Hafiz (Hashim), Ronald Susilo dan Chen Jin sebelum Lin Dan dan Taufik.

“Ketika itu, matlamat saya hanya berusaha memberi persembahan yang terbaik. Saya memang gembira kerana akhirnya berjaya muncul juara,” katanya.

Chong Wei turut memuji tentangan dijelmakan Taufik yang dianggapnya sebagai paling sukar pernah dihadapinya.

“Taufik adalah pemain hebat yang sudah memenangi pingat emas Olimpik dan gelaran dunia. Hari ini, saya gembira kerana berjaya mempamerkan rentak permainan sebenar.

“Selepas kedudukan terikat 1-1, ketika dia cuba mengejar saya pada penghujung set ketiga, saya cuba menenangkan diri dan tidak terburu-buru. Saya bersikap sabar dan hanya menantinya membuat kesilapan,” katanya.

Kejayaan itu juga pastinya akan membantu Chong Wei yang terus bergegas bersama beberapa pemain negara lainnya untuk menyertai Kejohanan Terbuka Taiwan bermula, Rabu ini.

Dalam perkembangan berkaitan, pemain wanita Denmark, Tine Rasmussen melengkapkan lakaran gemilang miliknya apabila mengejutkan pilihan kedua, Xie Xingfang untuk muncul juara dengan kemenangan 21-15 21-17.

Kombinasi Tony Gunawan-Chandra Wijaya pula mengungguli acara beregu lelaki ketika gandingan China, Yang Wei-Zhang Jiewen menewaskan rakan senegara, Zhao Tingting-Yu Yang untuk merangkul acara beregu wanita.

Zhang Bo-Gao Ling pula muncul juara acara beregu campuran selepas menundukkan pasangan Indonesia, Nova Widianto-Lilyana Natsir 21-19, 21-14.

sumber : Beritaharian online

One Response to yehaa Lee Chong Wei menang terbuka Jepang …

  1. peminat badminton says:

    men double pair kita KKK/TBH yg skrg dah jadi world no.1 kalah lagi!!!kali ni lebih teruk la di terbuka china 2007 di pusingan ke2 di tgn pair taiwan???!!!geramnya!!!apehal diorang ni asyik tak konsisten ni???kalu main dgn pair tough bleh menang tapi bila lawan dgn pair x handal bleh kalah teruk pulak!!!pelik btol la???!!!rexy patut buat sesuatu ni…dia memang patut marah & rasanya KKK/TBH patut diberikan hukuman baru nak sedar…kalu x sampai bila nak mcm ni???mcmane nak menang emas olimpik kali gini????jadi world no.1 pair saje x cukup mesti konsisten & unbeatable!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: