Minggu yang memenatkan – fizikal – minda – jiwa

sepanjang minggu lepas dan minggu ini merupakan minggu2 yang sangat melelahkan bagi saya dari segi fizikal mental dan jiwa … Baru minggu lepas training dan kejohanan futsal antara agensi yang berkaitan dgn laut dan pelabuhan … syukur saja jadi Juara, hilang sedikit penat … terpaksa memerap d rumah utk merehatkan kelelahan .. saya menonton sampai 5 movie ( dvd ) dlm satu petang … dgn menonton dvd ja aktiviti sebab dah tak larat nak menjalankan diri …

penat.jpg

1.  Bridge to Terabithia – Sebuah filem yang sangat baik, tapi jangan korang harap banyak sgt pasal magik dan perlawanan antara si jahat dan si baik dalam filem ini, filem ini digarap dengan sangat baik dengan menggunakan imaginasi dan sudut pandang kanak-kanak melihat dasar sebuah persahabatan dan hubungannya dengan keluarganya sendiri. Bagi anda yang ingin “mengerti” apa harga sebuah persahabat dan hubungan kita dgn orang lain, silakan tonton wayang ini… banyak elemen emosi yang di tonjolkan dalam filem ini walaupun tidak secara langsung.

2. Perfume – Melihat kepada tajuk filem ini, saya tidak berapa kisah sebab memang saya “judge” dari tajuknya dan saya agak2 saja bahawa filem ini pasti menghampakan, tetapi setelah saya menonton filem ini.. saya boleh bagi dengan yakin 5 bintang untuk jalan cerita dan lakonan yang ditonjolkan dalam filem ini .. di mana bagaimana seorang lahir dgn kebolehan luar biasanya utk mengenali apa juga benda d sekelilingnya hanya dengan menghidu baunya .. yang lebih menakjubkan deria baunya boleh menembusi sungai dan boleh mencapai jarak beberapa kilometer .. yang ironiknya dia secara tidak sengaja membunuh seorang gadis yang dicintainya dan dari situ dia ingin mengumpul kembali “wangi” gadis tersbut yang hanya boleh dicapainya dengan ramuan 13 gadis perawan … itulah yang menjadikan dia sebagai seorang pembunuh kejam. Kesudahannya korang tengolah sendiri sebab anda tidak akan menyangka akhir cerita ini jadi “begitu”. Dan saya rasa filem ini d haramkan d malaysia sebab adegen seks beramai-ramai pada masa mereka terhidu “wangian” ajaib ciptaan watak utamanya ..

3. Death Note 2 – Kesudahan dari filem death note 1 … cerita animasi yang memang menarik minta saya sejak dulu lagi. Dan saya sangat berpuas hati dengan akhir ceritanya d mana yagami sendiri pun mati huahahahaha padan muka .. dan L menang walaupun terpaksa mengorbankan diri utk mengetahui siapa KIRA yang sebenarnya.

 

6 Responses to Minggu yang memenatkan – fizikal – minda – jiwa

  1. jerryincognito says:

    err…. pinjam dvd😀.

    GIDONG :
    OK ja .. xchange lah ….

  2. jerryincognito says:

    sya mana ada dvd mau exchange……

  3. erisa says:

    perfume the story of murderer tidak disiarkan di Malaysia? are you sure? ada siar. penah nak terpergi tengok..tetapi tak sempat..mesti kat panggung banyak kena potong…

    in the end tertengok juga apa bila dapat source kat internet..

    ceritanya menarik..tapi bosan (dekat 3jam kot?)

    dan hasil kumpul 13 wangian menghasilkan satu wangian yang maha hebat? adeh…gilak terutama tang adegan terpukau dek wangian sampai semua orang kat pekan tu buat seks beramai-ramai. ..endingnya bercelaru…takkan sampai orang terpegun dengan wangian dia sampai sanggup makan dia? huhuhuhu..

  4. gidong says:

    dek dia kena makan tu lah unik nya tu huahahah mana bole dlm situasi normal manusia bole membiarkan wangian badan dia untuk dirinya dijadikan santapan orang lain huahahaha

  5. Cik Kordi says:

    Perfume ada tayang tapi banyak potong. mmg best citer ni tpi saya download je. Hehehe.

  6. gidong says:

    saya tau babak yg kena potong tu …. sedangkan babak2 tersebut penting utk filem ni …

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: