YAHAI – Benn dan Ateng – baek punya album

NOROMUK PIUPUSAN – Benn

( download sample nya diatas, lagu pilihan saya dlm album ini )

Okito ku poh id turos nu di kosodop
Popokito iso ngingis di au ku karati
Mato nu au tumingkod do momuara
Koruol ti tuhot ku au kosimbar

Tungkap di tiondos ku pinoguli nu
Miampai iso boros koruol ginawo ku
Tangon di tolumis notingkod nodi
Koturu ti romou ku au kasaga

C/O
Nokuro miagal diti au ku noh di karati
Tupus di tinahak ku pinoguli
Porotio ku po daa nunu sala ku diya
Noromuk piupusan di talawa

ben-vs-ateng-blog.jpg

GINAWO KU LUMUNGUI – Benn & Ateng

Sebuah lagu duet yang sangat bagus … Melodi ballad yang menarik walaupun sedikit di pengaruhi oleh lenggok lagu2 “leleh” tetapi ianya segar bagi konsep lagu dalam bahasa dusun … Satu paduan suara yang berkesan, dgn ateng yg punyai tone lebih “rendah” dan benn tone yang lebih “tinggi” , bila digabungkan menghasilkan satu level duet yang sangat bagus, dimana kita “direct” tahu peringkat pertukaran part ateng dan part benn nyanyi. Utk sebuah album duet memang sesuai dijadikan track pertama kerana kebanyakan lagu-lagu lain adalah lagu solo masing-masing.

ULA-ULA – Ateng

Sebuah lagu tipikal dusun dgn konsep yang boleh “sumayau”, ianya masih kedengaran “tipikal” konsep lagu dusun lama ( harap istilah ni korang paham hehe ) walaupun ianya telah di mixkan dgn bunyi digital. Terus terang saya mengharapkan album ini lari dari konsep lagu-lagu sebegini, tetapi bagian rap nya boleh dibanggakan kerana bunyi rapnya jauh berlainan dgn rap yang atama buat. Cuma saya masih harap konsep tipikal seperti ini tdk ada dlm album ni ( tu hanya pandangan telinga saya ah , teda kena mengena dgn BOLEH dan TIDAK nya ), mungkin aspek lain spt permintaan pendengar dan juga lain2 halnya telah diambil kira utk album ini agar lebih luas pasarannya.

IYA LANSANON KU – Benn

Sebuah lagu ballad dengan konsep yang memasukkan bunyi “heavy” gitar, bagi saya kurang sesuai dengan lirik dan alunan musik permulaan dan bridgenya yang lebih lembut, dan satu lagi rangkap pertamanya kedengaran seperti lagu Jay Jay “kita insan biasa”. Bagi saya ianya lebih sedap sekiranya mengekalkan bunyi yang lebih “lembut” terhadap keseluruhan lagu ini kerana bunyi “gitar metal” yang diselitkan sedikit sebanyak “menganggu” jiwa lagu “lembut” seperti ini …. Syabas buat penyanyinya yang mencipta trademark nya sendiri dengan lenggok tersendiri terutama disetiap perenggan lirik yang disebutkkan … kekalkan … kelainan membuatkan seseorang penyanyi tu leh “survive”.

HAHANGAI AVANUS – Ateng

Tabik utk penyanyinya yang berkebolehan utk membawakan banyak konsep lagu, dan lagu pop jazz seperti ini bukan mudah utk dijiwai dan dialunkan … lenggoknya tdk sama dgn lenggok konsep lain , syabas buat pencipta lagu ni kerana menambahkan koleksi konsep lagu-lagu dusun kearah satu lagi konsep iaitu konsep JAZZ … neway sa tak paham sgt lirik nya hehehehe

SIMBARO SUNDUAN KU LANGADON – Benn

Saya sangat menyukai susuanan dan melodi lagu ini, bahkan tone suara benn sangat sesuai untuk lagu2 balada seperti ini, saya rasakan lenggok tone dan kebolehan Benn adalah pada lagu2 Pop RnB spt ini, kerana dia boleh manipulasikan seluruh kebolehannya utk buat adlib terhadap lagu-lagu spt ini. Sekali lagi saya sedikit kecewa dgn bunyi gitar nya yang sedikit “keras” then tetiba balik ke alunan musik “lembutnya”.. cuba masa bridge tu gantikan bunyi gitar tersebut dgn bunyi gitar akaustik ataupun bunyi piano.. ianya pasti berbeza malah lebih KENA dgn keseluruhan lagu ini … Sekali lagi tabik gan permainan suara Benn … adlib, tone dan falseto yg sgt bagus … menjadikan lagu ni best …

YAHAI – Benn & Ateng

Terus terang saya tidak mahu lagu joget ini dijadikan sebagai SINGLE utk album ini kerana ianya langusung tidak mengambarkan kandungan keseluruhan album ini yang lebih banyak lagu ballad. Saya tidak tahu kenapa Ateng dan Benn memilih lagu ini sebagai lagu pengenalan ( maksud sa dijadikan tajuk album ), kerana pasti bila orang mahu p beli sesebuah album, mereka mesti minta preview lagu depannya ( tajuk album ) takut pendengar keliru bila mereka dengar lagu joget utk single album ini … saya sendiri tdk mengharapkan sebuah cd dusun yg sa beli dgn konsep lagu2 joget … sykur lagu ni ja yg joget hehehe… tapi ianya masih happenin dgn lagu ni kerana ianya ceria dan ya kalau urang yg sudah minum “minerel woto” 5 jug pasti terjoget dgn lagu ni dan msg nya juga bagus huahahaha

KONIHAB – Ateng

Sekali lagi rangkap pertamanya kedengaran spt lagu yg sedia ada ( Aku bukan untuk mu – rossa ), tetapi tu hanya rangkap awalnya … lagu ni tetap best … Ateng banyak menggunakan nada rendah dalam lagu ini … tdk spt dlm album norubat piginawaan yg banyak gunakan nada tinggi …. Neway syabas juga utk lagu konsep spt ni, walaupun ianya kedengaran satu nada saja tetapi tetapi sedap ditelinga.

KRISMAS ROYOHAN TOKOU – Benn

Lagi intronya ( kedengaran spt sebuah lagu cina ) … dan YA ni barulah ngam dgn bunyi gitar “heavy” yg diggunakan, tepat pada tempat dan waktunya … syabas kerana menyelitkan lagu pop rock krismas ni dlm album … selamat berkrismas hehehe

EMMELY – Ateng

Tabik hormat gan ateng untuk lagu ini …. Dlm sebuah album dusun , ni sgt bagus ada lagu english … Melodinya juga sangat menarik … dan terus terang lagu ni salah satu fav saya dalam album ini ….. Syabas utk lagu ni dan syabas buat suara ateng yg sgt sesuai dgn lagu2 mcm ni …. Ni kalau buat full album dlm english pun sudah layak ni … yg penting originaliti lagu2 yg dicipta spt ni …

NOROMUK PIUPUSAN – Bennn

5 BINTANG utk lagu ini … saya membeli CD ini kerana LAGU ini …. Intro, Konsep , tone, susunan musik, outro dan lenggok penyanyinya buat sa “terpukau” utk beli cd ni … sangat sedap lagu ni bagi telinga sayalah …. Syabas buat benn kerana penghayatannya utk lagu ini, ni lagu dlm hp sudah ni .. dan saya harap tdk kena saman SMSstudio kerana ebuat sample lagu ni utk review album Yahai d blog saya ( sa dah minta kebenaran dari mr Gogds – kadus founder ) . Cayalah untuk lagu ni …

MUNGKIN KALAU KAU PULANG – Benn & Ateng

Satu percubaan pop alternative melayu yang boleh dikira cukup baik kerana tidak ramai yg mampu buat lagu alternative apa lagi dlm sebuah album dusun, saya salute usaha sebegini dari komposer dan para penyanyi dusun kerana ini titik tolaknya kita mempunyai peluang utk menembusi pasaran negara ( kebangsaan ), malah lagu ni saya kira mampu bersaing dgn lagu2 melayu yg ada kerana melodinya yang segar dan catchy.

Akhir sekali kulit album bagian dalam yang lebih close up lebih sesuai digunakan sebagai cover album ini kerana nampak keserasian dari segi kedudukan objek ( penyanyinya ), kulit album ini terlalu kaku dan masih boleh diperbaiki, kerana utk pemasaran yang bagus, kulit album juga memainkan peranan yang sangat penting.

SECARA KESELURUHANNYA SAYA MENGANGGAP ALBUM NI ANTARA YANG TERBAIK DIHASILKAN TAHUN INI BAGI INDUSTRI MUSIK KADUS, TERUSKAN USAHA INI DAN PERBAIKI KELEMAHAN YANG ADA … Saya menanti kemunculan album solo dari BENN dan album solo baru dari ATENG. SYABAS.

Sapot Industri KADUS .. beli yang ORI .

11 Responses to YAHAI – Benn dan Ateng – baek punya album

  1. Jchinta says:

    Saya mau album ni .. dimana dijual ?

  2. gidong says:

    Cari di kedai kedai kaset dan jual cd .. ada tu saya rasa …

  3. Lina says:

    Lagu sample nya sedap … saya akan beli yang ori …. syabas

  4. merul4u says:

    sy x paham pun lagu2 mcm ni tp kalau ada org yg sanggup belikan n saya hargai n akan suka hahahaha.. syabbassssss inspektor sahab

  5. gidong says:

    Bahasa tu memanglah ko nda paham, dusun lah .. yg penting dengar melodinya dulu …. tp saya rasa di smanjung tiada di jual …

  6. Manchiko says:

    Saya suka lagu nombor 3 ….

  7. Bambangan says:

    hai bro…. 4 stars untuk komen yang diberi…. emmm tapi sia inda nampak ko time pelancaran hari tu….

  8. pirut says:

    😀 graciass comment Gidong!!

  9. merul4u says:

    kalu gtu sy cdgkan ko bli utk sy kasi sy btul2 paham.. berminat neh..

  10. gidong says:

    ok nanti saya cuba kirimkan kalau ada masa ….

  11. aini says:

    good song

Leave a comment